Biografi ringkas Cicero

Cicero dilahirkan di Arpinum dan dibunuh di Formia ketika melarikan diri daripada musuh-musuh politiknya. "Bukannya tokok tambah", Taylor menulis (seperti yang disebut dalam "Rujukan"), "untuk mengatakan bahawa era kehidupan awam Rom yang paling cemerlang dibawa oleh Cicero dan tutup pada kematiannya — beliau berdiri di tempat bermulanya dan mengikut kereta jenazahnya." Tullii, keluarga Cicero, merupakan salah satu daripada ningrat tanah di Arpinum dan berasa geram terhadap kemasyhuran dan kekayaan keluarga Marii yang merupakan lagi sebuah keluarga Arpinum yang terutama.

Sepanjang hayatnya, Cicero yang bersikap konservatif itu benci dibandingkan dengan Marius yang lebih masyhur. Nama "Cicero" berasal daripada perkataan cicer, perkatan bahasa Latin untuk "kacang kuda." Plutarch menerangkan bahawa nama itu pada asalnya digunakan oleh seorang nenek moyang Cicero yang mempunyai rekahan pada hujung hidungnya dan yang kelihatan seakan-akan kacang kuda. Sebenarnya (Plutarch meneruskan), Cicero didesak untuk menukarkan nama yang memalukan itu ketika beliau menyertai politik, tetapi beliau enggan berbuat demikian.